Lindungi Masa Depan Diri & Keluarga Dengan Perancangan Takaful

Semak Pelan Yang Sesuai Mengikut Keperluan & Bajet Anda

Ahmad Firdaus

Hai, saya seorang perunding takaful yang membantu individu dan keluarga dalam merancang perlindungan kewangan dengan lebih jelas dan teratur.

Sepanjang penglibatan saya dalam industri takaful, saya dapati ramai yang mengambil pelan tanpa betul-betul faham apa yang mereka dapatkan. Ada yang ambil terlalu sedikit perlindungan, ada juga yang bayar mahal tapi tak sesuai dengan keperluan.

Sebab itulah saya lebih suka buat pendekatan yang mudah untuk difahami. Kita boleh bincang dulu situasi kewangan, komitmen bulanan, dan keperluan keluarga. Dari situ baru saya cadangkan pelan yang sesuai.

Matlamat saya bukan sekadar untuk jual pelan takaful. Tetapi juga membantu anda dalam membuat keputusan yang lebih yakin untuk perlindungan jangka panjang.

Tahun Pengalaman

Pelanggan

Polisi

Fahami Perlindungan Takaful Dengan Lebih Jelas

Memiliki pelan takaful tak semestinya bermaksud perlindungan yang ada dah benar-benar mencukupi. Ada pelan yang diambil tanpa penerangan yang jelas tentang manfaat sebenar, ada juga yang masih keliru dengan peranan perlindungan seperti medical card, hibah atau penyakit kritikal. Keadaan ini boleh menyebabkan perlindungan yang ada tidak seimbang dengan keperluan kewangan keluarga sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka.

Semak

Perlindungan seperti medical card, hibah atau perlindungan penyakit kritikal akan diteliti supaya lebih mudah difahami dan jelas sama ada perlindungan tersebut masih sesuai dengan keadaan semasa.

Kenal Pasti

Mengenal pasti sama ada terdapat jurang perlindungan yang mungkin terlepas pandang. Ada situasi di mana perlindungan hospital mencukupi tetapi tiada perlindungan kewangan untuk keluarga jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Cadang

Memastikan pelan takaful yang dipilih bukan sahaja memberikan perlindungan yang mencukupi, tetapi juga selesa dari segi caruman supaya ia dapat diteruskan dalam jangka masa panjang.

Perlindungan Buat Anda & Keluarga

Perancangan takaful yang baik biasanya melibatkan beberapa jenis perlindungan penting supaya kestabilan kewangan dapat dijaga sekiranya berlaku perkara yang tak dijangka. Setiap perlindungan mempunyai fungsi yang berbeza dalam membantu melindungi individu dan keluarga untuk jangka masa panjang.

Medical Card

Membantu menampung kos rawatan hospital seperti kemasukan wad, pembedahan dan rawatan tertentu. Dengan kos perubatan yang semakin meningkat, perlindungan ini membantu mengurangkan beban kewangan apabila memerlukan rawatan di hospital.

Hibah

Menyediakan perlindungan kewangan kepada keluarga sekiranya berlaku kematian. Manfaat yang diterima boleh digunakan oleh penerima hibah untuk meneruskan kehidupan serta mengurus komitmen kewangan yang masih ada.

Critical Illness

Menyediakan bantuan kewangan sekiranya didiagnosis dengan penyakit kritikal tertentu seperti kanser, serangan jantung atau strok. Dana ini boleh membantu menampung kos rawatan dan keperluan kewangan sepanjang tempoh pemulihan.

Income Protection

Membantu menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku kemalangan atau keadaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat bekerja untuk tempoh tertentu. Perlindungan ini membantu memastikan komitmen kewangan masih dapat diteruskan walaupun pendapatan terjejas.

Apa Kata Pelanggan

"Penerangan yang diberikan sangat jelas dan mudah difahami. Sebelum ini memang ada takaful, tetapi selepas semakan dibuat baru sedar ada beberapa perkara penting yang perlu diperbaiki dalam perlindungan saya"

Hafiz

"Proses konsultasi sangat santai dan tak menekan. Setiap cadangan pelan diterangkan dengan baik supaya mudah faham sebelum membuat keputusan"

Aisyah

"Banyak perkara baru yang dipelajari tentang perancangan takaful. Cadangan yang diberikan juga lebih sesuai dengan komitmen kewangan yang ada sekarang."

Faiz

Hubungi

Office

45, ZRK Business Centre,
Jalan Kiara 2/12, Bandar Baru Klang,
41150 Klang, Selangor

Contact

011-12449655
firdaus.takaful@gmail.com